Salam bloger, saya mau share sedikit tentang 9
Siti Yang Patut Di Contoh.
Langsung saja :
1.Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah Shalallahu alahi wasalam yang setia
dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir
dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda
beribadat di Gua Hira’.
2.Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd
suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1
bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.
3.Siti A’ishah
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas
makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ
beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4.Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu
mithali).
5.Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga
kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih
oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6.Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7.Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8.Siti Muti’ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana
setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul
oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn
cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9.Siti Zubaidah
Wanita
kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup
membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai
hanya niat kerana Allah s.w.t.
Adakah kita tergolong antara
Siti-Siti ini? Tepuk dada tanya iman. Sama-sama kita tingkatkan ilmu
kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.
Demikian sedikit yang bisa saya share.
No comments:
Post a Comment
Peraturan sebelum berkomentar :
1. Dilarang berkomentar kasar atau berbau sara
2. Dilarang post/komen link pornografi atau semacamnya
3. Dilarang Spam komentar